Mungkin itu permintaan terakhir mereka - Shuib - Utusan Malaysia

Mungkin itu permintaan terakhir mereka – Shuib

SHUIB bersama arwah isterinya, Siti Sarah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu, menitipkan pesanan buat insan bergelar suami supaya mencuba sehabis baik menunaikan permintaan orang yang mereka sayangi.

Menurut Shuib, ia barangkali boleh jadi permintaan terakhir mereka kerana tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku dalam kehidupan ini.

“Pada suami semua, selagi mana boleh, tunaikanlah permintaan orang yang kita sayang.

“Cubalah sehabis baik untuk memenuhi segala permintaan mereka kerana mungkin itu adalah permintaan yang terakhir.

“Terima kasih yang terus mendoakan Siti Sarah. Semoga kita semua diberkati dan dirahmati dunia serta akhirat. Amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah binti Raissuddin,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Semakin Benci Semakin Rindu itu menerusi sebuah hantaran video yang memaparkan momen indah bersama arwah isterinya yang juga penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah.

“Genap setahun sayang pemergian awak. Inilah video yang selalu buat saya sedih yang teramat.

“Masa ini sedang mengandung lima bulan, awak nak sangat makan dekat tempat kegemaran awak. Berkali-kali awak menghubungi sebab nak ajak pergi makan.

“Bila saya pergi ambil, buat pula muka comel dengan manjanya sekali. Alhamdulillah, dapat juga awak makan dekat tempat yang awak nak,” ujarnya.

Semalam, genap setahun Sarah meninggal dunia. Arwah menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani pembedahan melahirkan cahaya mata keempat, Ayash Affan kerana dijangkiti virus Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya