Mas Idayu nikah 16 September

Terima tajaan RM7 juta, Mas Idayu nikah 16 September

MAS Idayu berdebar menanti hari bahagia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Teka-teki hari bahagia penyanyi dangdut popular, Mas Idayu Mesnun dengan bakal suaminya, Muhamad Sufian Isa; terjawab selepas pasangan itu mengesahkan 16 September ini sebagai tarikh pernikahan mereka.

Mas Idayu yang ditemui pada sidang media dan pelancaran produk, Twenty di Magica Events, Cheras, tengah hari tadi memaklumkan, majlis pernikahan dan persandingan mereka akan berlangsung di Quill City Mall pada hari yang sama.

“Diikutkan, majlis pernikahan kami sepatutnya berlangsung pada Mei lalu, tetapi ia seperti terlalu awal untuk membuat persiapan.

“Jadi, Sufian pilih 16 September ini sebagai tarikh kami disatukan. Selepas berbincang, kami bersetuju memilih tarikh itu,” katanya.

Penyanyi Robek Hatiku itu berkata, dia dan suami merancang untuk bercuti selama dua minggu selepas majlis pernikahan mereka nanti.

“Insya-Allah, selepas bernikah, kami akan pergi berbulan madu selama dua minggu.
Tempat percutian masih belum diputuskan.

“Tetapi, saya impikan percutian bulan madu di Santorini, Greece. Tengoklah macam mana nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mas Idayu turut meluahkan syukur apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagianya itu.

“Saya tidak menyangka kos perkahwinan kami mencecah sehingga RM7 juta dan tajaan itu termasuk lokasi perkahwinan, set barang kemas, persalinan, katering dan fotografi.

“Alhamdulillah. Sebenarnya, saya tidak terlalu fikir sangat tentang kos keseluruhan, sebaliknya lebih memfokuskan kehidupan selepas bernikah.

“Kali terakhir saya bergelar isteri sekitar 16 tahun lalu. Jadi, perasaan itu lain sikit. Saya harap perkahwinan kedua ini membawa kebahagiaan yang berpanjangan,” jelasnya.

Mas Idayu pada April lalu, mengesahkan bakal mengahwini Sufian yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen tempatan.

Penyanyi yang mesra disapa sebagai Mummy itu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Graseka pada 1997. Namun, perkahwinan mereka hanya bertahan selama sembilan tahun.

Mereka dikurniakan seorang anak, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.