Kutip RM8 juta, Air Force The Movie tembusi pasaran antarabangsa - Utusan Malaysia

Kutip RM8 juta, Air Force The Movie tembusi pasaran antarabangsa

FILEM Air Force The Movie meraih RM8 juta selepas empat hari tayangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya meraih kutipan RM8 juta dalam masa empat hari tayangan, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa melakar sejarah tersendiri apabila bakal ditayangkan di negara luar, termasuk Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.

Berita gembira itu diumumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Golden Screen Cinemas (GSC), hari ini.

“Kejayaan menembusi pasaran antarabangsa ini boleh dibanggakan dan secara tidak langsung, dapat mempertontonkan kepada dunia luar kualiti filem kita,” katanya.

Filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam sejak 25 Ogos lalu.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.

Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh.

Di Malaysia, pasukan TUDM mengadakan misi untuk menyelamatkan mereka.

Filem itu menampilkan barisan pelakon terkenal antaranya Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya