Cuba jadi lebih baik walaupun kita tak sempurna - Siti Nordiana - Utusan Malaysia

Cuba jadi lebih baik walaupun kita tak sempurna – Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Siti Nordiana mengakui, pemilihan kawan-kawan dan persekitaran yang baik mampu menguatkan hati untuk terus berubah ke arah kebaikan.

Jelas penyanyi yang mesra disapa Nana ini, istiqamah dalam berubah ke arah lebih baik itu tidak semudah yang disangka, namun dia percaya, doa adalah senjata sebenar seorang mukmin.

“Istiqamah itu memang tak mudah. Tetapi, berdoalah supaya Allah tetapkan hati kita. Kita cari kawan-kawan dan persekitaran yang positif.

“Insya-Allah, emosi kita pun akan jadi positif,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nana sebelum ini pernah berdepan beberapa fasa serangan segelintir warganet yang mengkritik cara pemakaiannya selepas berhijab.

Terbaru, penyanyi, Elyana pula mendedahkan, dia tidak lagi berhijab dan hanya mahu menjadi diri sendiri walaupun berdepan dengan kecaman serta kritikan warganet.

Selain Elyana, beberapa artis tanah air seperti Uqasha Senrose, Emma Maembong dan Natasha Hudson sebelum ini pernah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Dalam pada itu, penyanyi lagu popular, Angkara ini juga tidak pernah tertekan dengan kecaman segelintir warganet yang mengharapkan kesempurnaan daripada seorang selebriti yang mengambil keputusan untuk berhijab.

“Tertekan itu tidak. Tetapi jujur, kerana expectation itu, saya berusaha untuk jadi lebih baik. Walaupun kita tak akan boleh jadi sempurna, tetapi kita cuba sebaik mungkin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.