Alif Satar elak lakon babak mesra - Utusan Malaysia

Alif Satar elak lakon babak mesra

ALIF jaga batas di lokasi penggambaran kerana tidak mahu terperangkap dengan kontroversi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebagai pelakon yang sudah berumah tangga, Alif Satar, mengakui berdepan cabaran besar setiap kali diminta menjayakan babak mesra dengan pelakon wanita.

Pelakon Risik Pada Hati itu berkata, dia cuba menjaga batas dalam lakonannya dan mengelak daripada melakonkan babak mesra keterlaluan kerana akur penonton semakin bijak serta arif berkaitan hukum agama.

“Memang sangat mencabar untuk melakonkan babak mesa dengan pelakon wanita. Jika terpaksa memegang tangan mereka, saya pastikan berlapik dan hanya dilakukan pada babak yang perlu.

“Dalam Risik Pada Hati, kami perlu melakonkan babak berat, namun ia tidak semestinya diterjemahkan dengan aksi yang boleh mengundang kontroversi atau kecaman penonton.

“Contohnya, untuk babak malam pertama membabitkan saya dan Zara Zya, kami hanya menggunakan simbol atau dialog untuk membuat penonton faham perjalanan cerita. Penonton sekarang semakin teliti,  jika mereka kata kurang elok, elakkan daripada melakukannya,” katanya.

Alif berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Hausboom Music 2022 di Finch KL, baru-baru ini. Konsert tersebut bakal berlangsung pada 1 Oktober ini di MAEPS, Serdang mulai jam 1 tengah hari hingga lewat malam.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu popular Anugerah Terindah itu bersyukur isterinya, Shad Dila Halid, sentiasa memahami dan percaya dia akan menjaga batas sebagai suami dan bapa setiap kali keluar bekerja.

“Dia sangat memahami dan tidak meletakkan sebarang syarat kerana percaya saya tidak akan melampaui batas. Saya juga sedar diri dan akan jaga batas supaya tidak menimbulkan masalah,” tuturnya lagi.

Sebelum ini, beberapa adegan mesra membabitkan pelakon lelaki dan wanita tular di media sosial sehingga dikecam warganet. Antara pelakon yang terkait dalam isu itu termasuk Aliff Aziz, Shaz Jazle, serta Zul Ariffin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya