Alhamdulillah, Allah tak membolak-balikkan hati saya... -Mila Jirin - Utusan Malaysia

Alhamdulillah, Allah tak membolak-balikkan hati saya… -Mila Jirin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin, bersyukur kerana Allah SWT menetapkan hatinya untuk kekal berhijab, meskipun berdepan pelbagai dugaan ketika mula menutup aurat pada 2014.

Menurut Mila, pada awalnya, dia berhijab bagi menutup rambutnya yang rosak teruk kerana sering didandan. Namun, lama-kelamaan, hati penyanyi lagu Persis Mutiara itu terbuka untuk terus mengenakan hijab hingga hari ini.

“Pada 2014, rambut saya rosak teruk kerana kerakusan sendiri. Disebabkan suka menukar gaya dandanan rambut, sekejap kerinting, lurus balik dan macam-macam lagi, rambut saya akhirnya rosak. Padan muka.

“Selepas memakainya, terdetik di hati saya untuk bertudung. Saya bersyukur disebabkan mahu melindungi rambut yang rosak, ia menjadi asbab untuk saya bertudung,” katanya di Instagram.

Juara program realiti Akademi Fantasi 5 itu bersyukur, Allah tidak membolak-balikkan hatinya, meskipun pada awal niatnya berhijab disebabkan perkara lain.

“Alhamdulillah, Allah betulkan niat saya untuk menutup aurat kerana memenuhi suruhan-Nya. Sebelum ini, saya bukan tidak tahu bertudung itu wajib bagi wanita Islam, cuma waktu itu saya buat-buat tak tahu” tuturnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, warganet menitipkan pujian selain mendoakan yang baik-baik buat penyanyi berkenaan agar terus kekal istiqamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.