Aina Abdul mula buat perangai?

Aina Abdul mula buat perangai?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Cik Bunga sebenarnya risau nak buka cerita pasal Aina Abdul ini. Bukan apa, Cik Bunga rasa macam ramai bala tentera ada di belakang yang akan pertahankan dia.

Umpama tak boleh sentuh sikit dah sekarang ini, kita yang akan kena balik. Tetapi, kalau sudah ramai yang mula memperkatakan tentang dia, takkan Cik Bunga pun nak diamkan diri.

Entah kenapa, kebelakangan ini, makin banyak pula dakwaan pasal Aina diperkatakan orang. Satu persatu ibaratnya, yang pasti bukanlah cerita yang baik.

Kalau disimpulkan semuanya, Cik Bunga rasa satu masalah yang terkait dengan dia adalah cerita mengenai Aina yang dikatakan sudah naik tocang.

Soalan Cik Bunga, betulkah dia sudah mula buat perangai? Aina dikatakan sukar dihubungi dan kononnya cerewet dalam menerima sebarang undangan persembahan.

Cik Bunga faham, mungkin Aina memilih sebab dia sudah berada pada tahap mana sekarang. Tetapi, apabila ada yang mendakwa dia tergamak membatalkan persembahan, itu satu tuduhan yang bukan main-main.

Cik Bunga tak pasti pula dengan kebenaran tersebut. Nak tuduh-tuduh, nanti jatuh fitnah pula. Lagipun, mungkin ada yang kurang senang melihat kejayaan Aina.

Maklumlah, orang kita ini, lebih ramai yang tak suka tengok orang berjaya. Tapi, pada masa sama, Aina perlu juga lihat sekeliling. Kadang-kadang kita anggap itu normal, tapi sebenarnya boleh memberi impak kepada orang lain.

Bukan apa, Aina selain Ernie, dilihat sebagai pelapis industri muzik. Tak naklah kerana tuduhan seperti ini, perjalanan Aina ada halangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya