Ya okay, kita ini kayu bukan nama besar tidak hebat tapi... -Idris Khan - Utusan Malaysia

Ya okay, kita ini kayu bukan nama besar tidak hebat tapi… -Idris Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Idris Khan, mengakui namanya bukanlah besar malahan tidak hebat dalam industri seni tempatan.

Idris bagaimanapun mendedahkan fokusnya sebagai anak seni kini sedang memberi fokus membantu membangunkan satu platform global yang akan beri faedah kepada pemain-pemain industri seni tempatan dan para usahawan.

“Orang itu kata siapa lah Idris Khan ini? Ya okay, kita ini kayu bukan nama besar tidak hebat.

“Tetapi aku sedang membangunkan satu platform global yang akan beri faedah kepada pemain-pemain arts industry negara kita, perniagaan kecil dan sederhana (SME) serta usahawan.

“Aku lagi suka fokus untuk bantu mengembang dan membangunkan industri yang telah berjasa pada aku, bukan memecah belahkan industri kita,” katanya di Instagram.

Nama Idris hangat diperkatakan minggu ini apabila penerbit dan pemilik syarikat A. Aida Production (AAP), Datuk A. Aida, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadapnya dan pelakon, Amelia Henderson, gara-gara menarik diri daripada membintangi drama Sekali Lagi Cinta Kembali pada saat-saat akhir tanpa sebab munasabah.

Penerbit tersebut terpaksa meneruskan tindakan saman itu kerana kecewa dengan tindakan tidak profesional kedua-dua pelakon berkenaan sehingga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian besar.

Sebelum ini Idris pernah bekerjasama dengan A.Aida menerusi drama Abang Sado Jemur Kain yang bersiaran di TV3.

Sekadar informasi, Idris mulai aktif dalam dunia hiburan sekitar tahun 2010 sebagai pelakon dan model.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya