Nyah parut dengan rawatan laser

Nyah parut dengan rawatan laser

rawatan laser
Dr. Nurmaliza Abdul Rahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KESAN parut pada wajah akibat jerawat, tercedera atau tidak serasi dengan produk penjagaan wajah sangat menjejaskan keyakinan individu dan meresahkan lebih-lebih lagi apabila berdepan khalayak ramai.

Biarpun dapat ditutupi menggunakan solekan tertentu, namun masalah parut ini masih tidak dapat disembunyikan dalam tempoh yang panjang. Sudah tentu timbul keresahan dan malu bergelumang dengan parut terutama pada wajah.

Doktor Perubatan Estetik, Kulit dan Rawatan Laser di Dr. Liza Clinic, Dr. Nurmaliza Abdul Rahim berkata hari ini banyak jenis rawatan menghilangkan parut tersedia di pasaran dan antaranya ialah rawatan laser.

“Rawatan laser dilakukan mengikut jenis parut. Ia boleh merawat dan menghilangkan parut dengan lebih efektif, berkesan dan selamat,” katanya kepada Seri.

Jenis rawatan hilangkan parut?
1) Rawatan CO2 Laser
2) Rawatan TCA Cross
3) Rawatan Subcision
4) Rawatan PICO Laser

Umur sesuai melakukan rawatan?
Tiada had umur namun kebiasaannya mereka yang berumur 18 tahun ke atas sudah mula pandai menilai dan risau tentang penampilan wajah dan anggota badan.

Tempoh diperlukan?
Bergantung kepada tahap parut dan tindak balas atau respond kulit pesakit terhadap sesuatu rawatan yang dilakukan.
Rawatan berkala perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Minimum enam kali sesi cukup untuk menampakkan hasil yang diingini pesakit.

Prosedur rawatan?
Ada perbezaan antara parut jerawat, bekas gigitan serangga, ekzema, kesan kemalangan dan sebagainya.
Pengamal perubatan bertauliah kebiasaannya akan mengenalpasti jenis parut pesakit sama ada Atrophic Scar, Hypertrophic Scar atau Keloid Scar mahupun post-inflammatory atau Hyperpigmentation.

Anthropic Scar – Antara rawatan yang sering ditawarkan di Dr. Liza Clinic adalah subcision untuk memutuskan akar parut agar parut mudah naik ke atas. Kemudian, rawatan TCA Cross dilakukan bagi merangsang kolagen pada parut lekuk yang dalam.
Seterusnya, rawatan laser berteknologi tinggi CO2 Laser akan membantu untuk resurface parut berkenaan menjadi rata dan merangsang penghasilan kolagen di bawah kulit.

Hypertrophic and Keloid Scar – Rawatan yang sering dilakukan adalah rawatan steroid untuk meratakan parut berkenaan.

Post-inflammatory Hyperpigmentation (PIH) – Untuk parut gigitan serangga atau ekzema yang mana rawatan Chemical Peel dan Laser berteknologi tinggi digabungkan dengan cream pigment bagi memudarkan kawasan pigmentasi berkenaan.

Kesan jangka masa pendek dan panjang?
Setiap rawatan mempunyai risiko tersendiri namun ia dapat dikurangkan jika pesakit memilih untuk melakukannya dengan pengamal perubatan berpengalaman yang bertauliah di klinik estetik berdaftar.

Kesan jangka masa pendek – Bengkak, kemerahan dan lebam.

Kesan jangka masa panjang – Jenis kulit Asian yang kebiasaannya adalah jenis skin type 4 yang mana ia mudah lebam dan mudah berpigmentasi terutamanya dengan rawatan Chemical Peel, Laser mahupun Mesotherapy. Keadaan ini hanyalah bersifat sementara. Oleh itu, penggunaan sunscreen dan moisturizer sesuai adalah sangat ditekankan untuk mengurangkan risiko mendapat kesan-kesan ini.

Setiap pesakit boleh mendapat kesan yang berbeza atau langsung tiada kesan ketara bergantung kepada ketahanan kulit, gaya hidup, jenis produk penjagaan wajah harian yang digunakan dan faktor-faktor lain.

Parut hilang akan kembali?
Rawatan ini memberikan kesan yang kekal sehingga 85 peratus.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.