Mat Kilau raih kutipan tertinggi dalam sejarah - Utusan Malaysia

Mat Kilau raih kutipan tertinggi dalam sejarah

Mat Kilau memecahkan rekod sebagai filem epik pertama memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, menzahirkan kesyukuran apabila filem arahannya, Mat Kilau, berjaya meraih kutipan sebanyak sejuta ringgit, pada hari pertama tayangan filem tersebut.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem popular Munafik itu menerusi satu hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.

Sekaligus, Mat Kilau memecahkan rekod sebagai filem epik pertama yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.

“Izin Allah. Maka dengan ini, Mat Kilau menjadi filem epik pertama Malaysia memecahkan rekod pembukaan sebagai ‘Filem epik Melayu kutipan paling tinggi dalam sejarah’.

“Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan. Satu juta dalam masa satu hari sahaja!” tulisnya.

Sekadar informasi, filem berdasarkan fakta sejarah yang diadaptasi ke layar perak, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam, 23 Jun 2022.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaludin Hassan, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan Asa’ri, Datuk Adi Putra, dan Wan Hanafi Su.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.