Ariff Bahran, kenapa susah sangat? - Utusan Malaysia

Ariff Bahran, kenapa susah sangat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebenarnya sudah lama Cik Bunga tak mendengar perkhabaran tentang penyanyi yang seorang ini.

Sejak-sejak sudah berumah tangga ini, lagilah. Paling terbaru yang Cik Bunga dapat tahu, dia pun bakal dapat anak sulung tidak lama lagi. Menerusi sebuah video yang dikongsikan di media sosial, khabarnya dia dan isteri bakal menimang anak lelaki.

Tahniah Cik Bunga ucapkan buat awak berdua. Tak sangka nak jadi ibu bapa dah. Cepat betul masa berlalu.

Tapi, itulah, satu yang kurang berkenan di hati adalah bagaimana teman-teman media mengeluh, susah nak bercakap dengan Ariff ini. Lagi-lagi sejak dah berkahwin ini. Agaknya kenapa?

Dengar cerita teman-teman, Ariff ini, susah nak dihubungi itu satu hal. Sudah dihubungi pun, dapat peluang untuk temu bual pun, dia seakan-akan malas nak bercakap.

Sepatah-sepatah cara menjawabnya. Sedangkan, soalan yang ditanya dan diajukan itu pun, bukan soalan panas, bukan tentang gosip atau apa. Alamak, susah sangat ke itu Ariff?

Tak faham juga Cik Bunga dengan penyanyi ini. Tahu tak, ada artis yang sangat berterima kasih bila ada wartawan hubungi. Iyalah, dalam masa sama boleh juga dapat publisiti bukan. Lagipun dalam isu Ariff ini, bukannya soalan jahat yang ditanya.

Aduhai! Kenapalah agaknya dengan dia ini. Nak kata Ariff tak biasa dengan wartawan, tidak juga. Bukan setahun dua berada dalam industri seni ini. Nak kata dia lemah dalam bab berkomunikasi pun, tidak juga.

Sebab sebelum ini, pernah saja Cik Bunga bertemu dan berbual dengan dia. Okey sahaja.

Tak apalah, mungkin Ariff boleh perbaiki lagi aspek ini jika betul ada kelemahan. Mana tahu, lepas teguran seperti ini, Ariff pun boleh jadi lebih baik. Tak gitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.