Iman tidak dapat diwarisi - Ridhuan Tee

Iman tidak dapat diwarisi – Ridhuan Tee

Ridhuan Tee
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ridhuan Tee tampil bersuara tentang video tular anaknya, Syafi Tee.

Jelas Ridhuan, apa yang berlaku tidak akan menghalangnya untuk meneruskan kehidupan dan melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim.

“Saya akan tetap terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan meskipun ia berlaku kepada anak sendiri.

“Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. Ujian ini akan terus mematangkan kita.

“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna,” katanya.

Menurut Ridhuan, Syafie yang merupakan anak keduanya lebih meminati bidang seni setelah tamat belajar. Katanya, sebagai bapa, dia telah menasihati anaknya tentang dunia seni.

“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga.

“Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hambaNya yang kerdil ini,” katanya lagi.

Dalam perkongsian di akaun Facebook miliknya, Ridhuan memohon maaf atas kesibukan tugas seharian terlibat dalam Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu, membentang kertas kerja, “Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara”, yang menyebabkan dia tidak dapat menjelaskan semua perkara yang berlaku dengan pantas.

Selain itu dia turut berterima kasih kepada khalayak yang mengambil berat terhadap keluarganya.

“Saudaraku, pastikan apa yang menimpa kepada diri saya, tidak berlaku kepada saudaraku semua. Saya doakan yang terbaik untuk saudara di luar sana,” akhirinya.

Sebagai informasi, menerusi sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang pelakon lelaki yang didakwa Syafie telah bercumbu dengan kekasihnya. Namanya sebelum ini pernah hangat di media sosial gara-gara berpelukan dengan seorang wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya