Baby Shima terbang ke Indonesia selepas Hari Raya Aidilfitri - Utusan Malaysia

Baby Shima terbang ke Indonesia selepas Hari Raya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Baby Shima bakal terbang ke Indonesia selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia.

Menurut Baby Shima atau nama penuhnya Nor Ashima Ramli, 30, keputusannya itu dibuat setelah sekian lama tidak menjenguk keadaan rumahnya di sana.

“Cuti raya dalam seminggu lebih sahaja. Kena ambil cuti sebab dua tahun tak dapat beraya.

“Tapi selepas seminggu raya saya akan balik ke Indonesia. Pintu sepadan pun dah buka rasa lega. Tak tahu keadaan rumah di sana macam mana.

“Kalau ada jadual kerja di Malaysia, saya balik dengan kadar segeralah ketika itu nanti,” katanya.

Untuk rekod, Baby Shima mula mendapat perhatian netizen selepas berduet dengan penyanyi Khai Bahar menerusi lagu Gurauan Berkasih di aplikasi Smule.

Selain itu dia juga pernah tular kerana dimarahi oleh penyanyi Ratu Dangdut Malaysia, Mas Idayu, dalam program D’Academy Asia Jakarta.

Terdahulu Baby Shima juga sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila dia pengsan pada konsert Big Stage minggu kedua selepas membuat persembahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya