Pendedahan terhadap pengurusan jenazah sejak usia muda, mendorong Sharul Aqmal Mohamad, 32, mendalami kerja sukarela itu dengan mengasaskan badan bukan kerajaan (NGO), Amal Care. Pernah dalam suatu insiden, berlaku tiga kematian di kediamannya iaitu kawasan Simpang Renggam. Malangnya van jenazah masjid tidak cukup pemandu untuk menghantar jenazah ke tanah perkuburan. “Secara spontan saya secara sukarela menawarkan diri untuk membantu,” katanya kepada Utusan Malaysia. Bertitik tolak daripada itulah Pengurus Amal Care…