KUALA LUMPUR: Penyanyi meningkat naik, Jayrie Zakaria dimasukkan ke hospital baru-baru ini setelah diserang hyperventilation syndrom atau masalah pernafasan tidak normal.
Namun Jayrie, menerusi Instagramnya memaklumkan dia sudah dibenarkan keluar hospital selepas keadaannya disahkan stabil.
“Terima kasih kepada semua yang concern dan bertanya khabar.
“Alhamdulillah saya sudah discharge dan sedang berehat.
“Nothing major. Biasalah, hyperventilation syndrom dan anxiety datang bagi salam tak kira waktu.
Terima kasih semua,” tulisnya di Instagram.
Jayrie pada 2019 pernah hadir dengan sebuah single berjudul Jurang yang dihasilkan komposer terkenal, Omar K.
Tahun ini dia bakal mengeluarkan single baru berjudul Kehilangan.