Buku sejarah awal penemuan Cameron Highlands banyak informasi

Buku sejarah awal penemuan Cameron Highlands banyak informasi

Buku ini ditulis hasil lawatan dua orang yang berasal daripada Belanda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejarah merupakan genre yang sangat saya minati. Apabila terjumpa buku berkaitan sejarah dan ‘serasi’ dengan poket, maka buku itu pasti akan dimiliki.

Buku yang kita bicarakan ini penulis membelinya di Sungai Palas Tea Centre, Boh Plantations Sdn. Bhd., Cameron Highland.

Saya dapati buku ini tidak terdapat di kedai buku biasa. Hanya terdapat di situ. Saya membelinya pada 6 Oktober 2013.

Pengarang buku ini berjaya membawa pembaca menerokai sejarah awal Cameron Highlands. Apa yang menarik, buku ini ditulis hasil lawatan dua orang yang berasal daripada Belanda.

Mereka datang sebagai pelancong pada 2010. Bertitik tolak daripada situ, maka terhasilnya buku ini. Betapa bersungguhnya mereka meneroka sejarah tempatan yang kurang dilakukan oleh rakyat tempatan.

Pengarang menjelaskan bahawa pihak British Council telah mengarahkan seorang penyelidik British, Sir William Cameron untuk menjalankan tugas pemetaan kawasan Banjaran Titiwangsa.

Ekspedisi ini dijalankan pada 1885. Semasa ekspedisi inilah beliau bersama kumpulannya menjumpai tanah tinggi ini. Bersempena nama beliaulah Cameron Highlands ini diberi nama.

Selain ladang teh BOH yang wujud sejak 1929, ada lagi satu perusahaan teh yang dijalankan oleh usahawan berketurunan India. En. Shuparshad Bansal Agarwal telah mengasaskannya pada tahun 1933.

Cameron Valley beroperasi dengan gahnya. Bahkan sejak 1994, penggemar teh boleh membelinya secara langsung daripada syarikat berkenaan. Dua syarikat dan ladang teh ini merupakan milik persendirian sehingga kini.

Pengarang buku ini berjaya menterjemahkan sejarah melalui penulisan yang sangat menarik. Mengisahkan bukan sahaja di zaman kegembiraan, buku ini juga mendedahkan keadaan Cameron Highland semasa zaman darurat.

Buku ini juga berkongsi gambar-gambar sejarah yang pernah menghiasi perjalanan Cameron Highland suatu ketika dahulu. Melihat gambar-gambar ini, seolahnya kita dibawa mengembara ke zaman tersebut.

Pada saya, buku ini tidak sewajarnya dilepaskan.

Kesempatan melawat Cameron Highland jangan dilepaskan untuk membeli buku ini. Nilai sejarah padanya sangat berharga.

Menyingkap Sejarah Cameron Highlands

» Penulis: S. van Hecke & L. van der Linde
» Terbitan: CHH
» Halaman: 59 muka surat
» Cetakan: 2012
» Pengulas: Aswadyqalbinada

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya