“Ada yang sanggup buat perkara terlarang” – Zizi Kirana - Utusan Malaysia

“Ada yang sanggup buat perkara terlarang” – Zizi Kirana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memberi pandangan terhadap isu dengki sesama artis, penyanyi rap tanah air, Zizi Kirana berkata, seseorang itu tidak sewajarnya mempunyai sifat hasad dengki terhadap rakan industri kerana sudah tertulis rezeki masing-masing.

Namun, penyanyi lagu popular Eh ini mengakui perkara tersebut ada berlaku dalam kalangannya dan sanggup melakukan sesuatu yang dilarang gara-gara memiliki sifat dengki terhadap seseorang.

“Jika kita ambil positif dengan tidak berlaku dengki itu lebih baik. Tetapi kita perlu yakin kepada Tuhan yang memberi rezeki.

“Jadi, bila kita melihat rakan lain lebih daripada kita, tidak sewajarnya kita mempunyai sifat dengki yang begitu negatif. Tidak boleh.

“Kita pun tahu sebenarnya memang ada terjadi sebegini dalam kalangan kita, ada yang sanggup melakukan perkara tidak sepatutnya gara-gara dengki dengan kelebihan orang lain,” katanya.

Isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin itu juga menyifatkan masalah pemikiran dan hati seseorang itu adalah asbab mereka mempunyai niat hasad dengki sesama sendiri.

Tegas Zizi, sebaiknya kejayaan rakan harus dijadikan sebagai motivasi untuk memperbaiki diri dan berserah kepada-Nya, bukan sebaliknya.

“Sebenarnya punca itu daripada pemikiran dan hati seseorang. Jika pemikiran sentiasa bersangka baik apatah lagi dengan rakan dan saling menyokong, dia juga boleh mengikuti kejayaan yang sama.

“Kenapa lah nak dengki, tidak sepatutnya. Sememangnya sifat dengki ini paling merosak hati. Kita ubah cara pemikiran, elakkan berkawan dengan sekeliling yang sebegitu.

“Sepatutnya, kita perlu menjadikan ia sebagai motivasi supaya dapat memperbaiki diri untuk berusaha lebih keras lagi dan berserah kepada Tuhan,” tuturnya ketika ditemu bual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.