Ibu Datuk Hattan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Datuk Hattan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Hattan, memaklumkan bahawa ibunya,Hindon Md Sani, telah meninggal dunia pada pukul 3.30 petang semalam di Hospital Kajang akibat serangan jantung.

Perkara itu telah dikongsikan oleh penyanyi tersebut di akaun Facebooknya semalam selain turut memaklumkan kepada sebuah akhbar tempatan bahawa Allahyarham ada mengadu sakit dada pada Isnin lalu.

“Semalam, kakak ada menhubungi saya menerusi panggilan video dan memberitahu arwah sakit dada. Saya kemudiannya memintanya lihat jika arwah ada muntah atau tidak.

“Apabila arwah muntah, saya segera minta kakak untuk membawanya ke hospital kerana itu petanda sakit jantung. Keadaannya semakin kritikal apabila tekanan darah menurun dan paru-paru semakin lemah.

“Seharian kami menunggu kerana perlu melalui pelbagai prosedur operasi standard (SOP) hospital sebelum dibenarkan melawatnya. Namun, doktor memaklumkan arwah sudah tiada, tidak lama kemudian,”katanya.

Selain itu, kata Hattan, dia masih lagi menunggu jenazah ibunya, di unit forensik untuk dibawa pulang ke kampung halaman di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Untuk rekod, Allahyarham ibu Hattan meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Perkongsian Hattan itu juga telah mendapat respons daripada teman-teman dan rakan selebriti yang turut melahirkan ucapan takziah kepadanya sekeluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN