Sudah potong kek? - Utusan Malaysia

Sudah potong kek?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam dunia hiburan, potong kek tidak hanya membawa maksud memotong kek sempena hari lahir tau. Potong kek juga bermaksud sudah tidak berkawan atau senang cerita, bergaduh dengan kawan baik!

Jadi sesuai dengan istilah yang dibuat-buat itu, ada satu dakwaan yang disampaikan teman Poklip pasal seorang selebriti popular ini. Dengar cerita sudah potong kek dengan kawan baik yang juga seorang pereka fesyen.

Eh, biar betul kan? Poklip dengar pun terkejut, takkan sudah potong kek. Bukan apa, macam pelik sahaja mereka sudah tidak berkawan lagi. Padahal sebelum ini, kemesraan dan rapatnya mereka kalah aur dengan tebing.

Dakwa si polan itu, selebriti itu terasa hati dengan kawan baiknya kerana dipercayai sengaja menggunakan popularitinya untuk menjual produk. Tetapi kalau setakat jual produk kecil-kecil tak apa.

Ini melibatkan projek ratusan ribu. Jadi si selebriti itu sakit hatilah. Itu dakwaan kawan Poklip tadi. Maka, bermulalah episod perseteruan antara mereka. Ala tak best lah kalau macam ini.

Rasanya satu Malaysia tahu mereka ini berkawan baik. Ke mana sahaja bersama. Bercuti atau berhibur juga bersama. Jadi pelik juga kalau bergaduh. Cuma bak kata orang, bab duit jangan dibuat main.

Poklip harap sangat itu hanya dakwaan nakal. Tetapi cuma nak cakap. Poklip pelik kenapa tidak ada kelibat selebriti popular itu di pertunjukkan fesyen kawan baiknya baru-baru ini.

Mungkin tidak sihat atau ada urusan lain. Dia popular lah, mesti ada job lain kan! Gitu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya