"Menyanyi boleh tapi jangan sampai mengaibkan" – Aliff Syukri - Utusan Malaysia

“Menyanyi boleh tapi jangan sampai mengaibkan” – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Nama ini sememangnya mudah menjadi sasaran netizen. Tidak kira apa sahaja yang dilakukan. Baik menyanyi, berlakon malah beramal jariah juga, kanvas hidupnya tidak terkecuali menjadi bahan umpatan.

Namun bagi Datuk Aliff Syukri, impiannya untuk menjadi penyanyi sudah dilaksana. Malah, dia juga tidak menolak, di zaman kini, mana-mana yang berkemampuan boleh membeli lagu daripada komposer.

“Zaman sekarang, kita boleh beli lagu. Beli sendiri sahaja daripada komposer. Tidak perlu melalui syarikat rakaman atau pengurusan pun. Zaman media sosial seperti YouTube dan pelbagai lagi.

“Semua boleh jadi penyanyi. Zaman sudah berubah. Pendengar juga mahukan sesuatu yang berbeza dan mereka bebas untuk membuat pilihan,” katanya.

Ditanya apakah nasihatnya kepada penyanyi baharu yang muncul daripada kalangan usahawan tempatan, Aliff menitipkan pesan supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang akhirnya akan memalukan mereka.

Sementelah, sebagai ‘senior’ dalam dunia kecaman, Aliff juga berpesan supaya penyanyi baharu kuat semangat dan sekiranya yakin dengan bakat serta impian, jangan mudah lemah semangat.

“Kalau hendak jadi penyanyi, silakan. Tetapi jangan sampai memalukan diri sendiri, saya sudah melalui detik itu. Di hujung usia nanti, kita yang akan malu dengan anak-anak. Kalau boleh jangan tinggalkan imej buruk.

“Menyanyi kerana minat atau suka-suka, terpulang. Tetapi jangan mengaibkan diri sendiri dan menjatuhkan maruah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya