“Melatih diri untuk berjalan dengan betul” - Namron - Utusan Malaysia

“Melatih diri untuk berjalan dengan betul” – Namron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemunculan pelakon hebat, Namron di acara KL Fashion Week (KLFW) sekitar minggu lalu masih diperkatakan ramai.

Menggayakan sepersalinan jenama Neonate, Namron atau Shahili Abdan berjaya menarik perhatian dengan aura tersendiri ketika memperagakan jenama itu.

Kata Namron, pengalaman sebagai pelakon membantunya untuk berjalan penuh yakin di atas pentas peragaan.

“Dalam teater atau asas lakonan, seorang pelakon itu juga akan melatih diri untuk berjalan dengan betul agar tidak kelihatan kekok.

“Jadi, saya gunakan ilmu itu ketika di KLFW tempoh hari,” katanya.

Selain itu juga, pengalaman yang banyak dalam teater jarak dekat dengan penonton juga banyak membantu pelakon ini memperagakan jenama berkenaan dalam situasi yang hampir dengan penonton.

“Saya suka buat teater di Blackbox, lebih dekat dengan penonton.

“Sewaktu di KLFW, pengalamannya tak ubah seperti berlakon di Blackbox. Itu memudahkan saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Namron memberitahu dia tidak menyangka akan ditawarkan pihak Neonate untuk memperagakan koleksi keluaran mereka.

Katanya dia berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk menjadi muse bagi jenama itu di KLFW tahun ini.

“Baju yang saya pakai tempoh hari memang dihasilkan mengikut ukuran badan saya. Rekaan juga untuk saya.

“Perekanya, Karl Shafek minta saya jadi diri sendiri. Apa yang tampilkan tempoh hari adalah diri saya sendiri,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya