“Inilah satu-satunya komunikasi abang dengan Allah” - Shahrulezad - Utusan Malaysia

“Inilah satu-satunya komunikasi abang dengan Allah” – Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin yang dijangkiti wabak Covid-19 memberitahu keadaannya yang terkini sedikit teruk dengan paras oksigen yang menurun.

Shahrulezad menerusi perkongsian di Instagramnya berkata dia berdepan kesukaran untuk bernafas seperti biasa ekoran wabak tersebut.

“Tadi masa Zohor, abang cuba solat secara normal. Tetapi, sukar untuk menghabiskannya. Seksa sangat bila kita tak cukup nafas.

“Tiba-tiba abang rasa sayu sangat. Sayu bila abang sudah tidak boleh solat dengan sempurna. Mungkin benda ini sementara sahaja tetapi masih meninggalkan kesan emosi kepada abang.

“Abang tidak kisah kalau abang diduga Covid-19 macam ini. Saya baik-baik sahaja. Tetapi abang sangat kisah bila solat abang jadi macam ini. Inilah satu-satunya komunikasi abang dengan Allah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad memohon netizen agar mendoakan kesembuhannya.

“Kawan-kawan sekalian, mohon doa supaya setiap kali abang nak solat, Allah pinjamkan sedikit oksigen untuk abang ya.

“Abang hanya nak rasa nikmat solat macam biasa, itu sahaja,” pintanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN