“Hilang hormat terhadap Iqbal” - Roslan Shah - Utusan Malaysia

“Hilang hormat terhadap Iqbal” – Roslan Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengacara kelahiran Singapura, Roslan Shah mencuri perhatian netizen apabila memberitahu secara terbuka tentang rancangannya untuk memulangkan semula wang pemberian usahawan, Iqbal Zulkefli.

Menerusi Instagram, Roslan berkata hal demikian adalah kerana rasa terkilannya terhadap tindakan usahawan berkenaan yang memijak wang dalam sebuah video yang tular baru-baru ini.

“Harap maaf Iqbal Zulkifli, Cik Lan nak kasi balik duit tempoh hari Iqbal pindahkan kepada Cik Lan. Lagipun duit itu Cik Lan tak gunakan lagi.

“Cik Lan terasa terkilan cara Iqbal pijak duit dan hilang hormat terhadap Iqbal,” tulisnya di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Roslan atau nama sebenarnya Roslan Udin turut memuat naik tangkap layar bukti pemindahan wang bernilai RM1,000 yang dibuat bekas pembantu peribadi kepada usahawan, Datuk Seri Vida itu.

Dalam pada itu, Roslan turut meluahkan kebimbangan sekiranya tindakan kurang sopan Iqbal itu diikuti kanak-kanak.

“Cik Lan rasa hilang hormat kepada Iqbal dan Cik Lan tak nak budak-budak kecil ikut cara seperti ini.

“Iqbal kena jaga adab, InsyaAllah orang akan senang dan hormati kita.

“Mencari perhatian dan untuk popularkan diri semuanya boleh sahaja. Cuma, bab pijak duit Cik Lan sangat tidak berkenan,” tulisnya lagi.

Iqbal yang baharu mengeluarkan single berjudul Hujan teruk dikecam sebelum ini gara-gara tindakannya melempar duit.

Namun baru-baru ini dia tampil menjelaskan bahawa wang yang ditaburkan dan dipijak baru-baru ini bukan wang sebenar dan digunakan hanya untuk menghasilkan kandungan media sosial bersama beberapa orang selebriti lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN