fbpx

Anis Nabilah terima anugerah Platinum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Berbakat dalam bidang kulinari, cef selebriti, Anis Nabilah baru-baru ini menerima Anugerah Platinum membabitkan hasil pendapatan daripada gabungan perniagaan dari tahun 2019 hingga 2020.

Ia sekaligus menyaksikan dirinya merupakan antara selebriti yang meraih pendapatan tinggi di bawah pengurusan Universal Music Malaysia.

Menurut Anis atau nama sebenarnya, Anis Nabilah Umaruddin, 35, dia seronok, teruja dan berbangga berpeluang menjalin kerjasama dengan Universal Music Malaysia sekaligus membantu meningkatkan lagi jenama dirinya.

“Saya antara selebriti di bawah pengurusan Universal Music Malaysia. Anugerah Platinum yang diberikan saya anggap sebagai pencapaian terbaik sejak mula bersama mereka pada 2019 lalu.

“Diakui, sejak bersama mereka memang nampak peningkatan dalam kerjaya dan jenama saya. Bukan saja dari segi pendapatan, pengikut dan nama, tapi saya dapat mengukuhkan jenama sendiri sehingga ke peringkat antarabangsa. Jadi, saya berasa sangat bertuah kerana ada jenama besar iaitu Universal Music Malaysia di belakang saya, katanya.

Menurut Anis, dia yakin dengan pengurusan Universal kerana menganggap syarikat terkenal tersebut sebenarnya sangat versatil.

“Sebenarnya ramai tidak tahu yang mereka adalah syarikat yang sangat versatil yang banyak memberi dan membuka peluang pada mana-mana bakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih jauh.

“Buktinya, mereka berjaya mengurus dan membawa kerjaya saya berada pada tahap sekarang,” katanya.

Selain itu, menurut Anis, sejak diwakili syarikat itu, ia sedikit sebanyak memudahkan lagi dirinya berkolaborasi dengan lebih banyak jenama dan syarikat antarabangsa.

“Apabila bersama mereka, kalau saya nak berkolaborasi dengan mana-mana jenama atau sesiapa saja, ia lebih mudah. Apatah lagi mereka memang memberi kepercayaan pada artis dan sanggup melabur. Paling penting, mereka akan beri masa dan tenaga untuk kembangkan jenama saya.

“Memandangkan saya cef selebriti, jadi mereka belajar selok belok kerjaya saya. Disebabkan itu, saya dapat bekerjasama dan berkolaborasi dengan banyak jenama terkenal lain. Pendek kata, bukan hanya nak letak muka saya saja, tapi mereka ambil tahu dari awal sampai akhir selain sokongan padu yang diberikan,” katanya.

Selain itu, Anis turut melahirkan rasa syukur apabila sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu dia masih dihujani pelbagai tawaran kerja.

“Tahun lepas ketika Covid-19 menular dalam negara, ramai terkesan. Tapi saya alhamdulillah masih okay dan ada tawaran kerja yang tak putus. Ada juga kolaborasi dengan pihak antarabangsa iaitu Tasty dengan membuat kandungan masakan untuk mereka.

“Saya orang Malaysia pertama yang kolaborasi dengan mereka. Ketika itu saya buat dua resipi masakan Malaysia.Insya-Allah, untuk seterusnya saya merancang nak menerbitkan buku sendiri. Tahun lepas saya sudah buat buku dengan Thermomix.

“Jadi, kali ini kalau boleh saya nak ada buku sendiri pula dan boleh pasarkan ke peringkat antarabangsa. Selain itu, saya juga nak lebih banyak bekerjasama dengan jenama antarabangsa. Bukan apa, saya nak berkongsi masakan Asia terutama Malaysia,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI