“Terima kasih doakan kesejahteraan saya” - Shuib kongsi wajah Ayash Affan - Utusan Malaysia

“Terima kasih doakan kesejahteraan saya” – Shuib kongsi wajah Ayash Affan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir dua bulan dilahirkan, akhirnya usahawan dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu tampil berkongsi wajah cahaya mata keempatnya, Ayash Affan.

Menerusi entri Instagram, Shuib memuat naik satu hantaran video berdurasi 2:07 minit yang memaparkan anakandanya itu sedang lena dibuai mimpi di atas katil bayi.

Sehubungan itu, penyanyi lagu popular Semakin Benci Semakin Rindu itu menzahirkan ribuan terima kasih buat orang ramai yang tidak pernah lekang mendoakan kesejahteraan Ayash.

“Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shamira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” coretnya ringkas di Instagram.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan doa agar anak kecilnya itu sentiasa dilindungi serta menjadi seorang anak yang soleh.

Terdahulu, arwah isteri tercintanya yang juga penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang, pada 6 Ogos lalu.

Namun, Shuib berkongsi keadaan Ayash yang baru dilahirkan beberapa hari pada ketika itu masih perlu diberi rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), kerana kelahiran pra matang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya