Status Alhamdulillah Fizo Omar jadi perhatian - Utusan Malaysia

Status Alhamdulillah Fizo Omar jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Status dengan tulisan Alhamdulillah yang dimuat naik oleh pelakon dan usahawan, Fizo Omar, 36, pada malam tadi di Instagram Story (igs) telah meninggalkan sejuta tanda tanya sama ada memang benar dia sudah sah kembali bergelar suami orang.

Teka-teki itu seolah-olah diperkuatkan lagi dengan sekeping gambar Fizo dalam persalinan baju Melayu berwarna putih yang dimuat naik bersama di igs yang mana ia terlebih dahulu dikongsikan di ruangan Instagram.

Turut dilihat bersamanya menerusi gambar tersebut ialah puteri tunggalnya, Wan Maryam yang berusia 4 tahun.

Bagaimanapun, sehingga kini, Fizo masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi atau pengesahan mengenai gosip dirinya sudah berkahwin yang kini sedang tular di media sosial.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, menerusi gambar dengan kapsyen berbunyi ‘Ok, Abe Joe tinggalkan grup ‘recond’ dulu ok’ tersebut, Fizo juga telah menanda nama tiga rakan selebriti iaitu Nazim Othman, Sharnaaz Ahmad dan Azlee Khairi, dipercayai ahli kumpulan yang dimaksudkan.

Selain itu, antara rakan artis yang dilihat memberi respons terhadap hantaran Fizo itu ialah Nazim dan pelakon Puteri Aishah yang melayangkan ucapan tahniah.

Difahamkan, identiti wanita yang menjadi pilihan hati pelakon ini masih belum didedahkan dan kekal misteri.

Sebelum ini, pelakon itu dikhabarkan bakal berkahwin selepas dua tahun lebih hidup menduda.

Terdahulu, Fizo juga memberitahu akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, menerusi hantaran di Instagram ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Untuk rekod, duda beranak satu ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan terkenal, Mawar Karim sekitar November 2013 sebelum masing-masing membuat keputusan untuk bercerai pada 10 Julai 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya