"Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti" -Annuar Musa - Utusan Malaysia

“Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti” -Annuar Musa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemergian pengarah tersohor tanah air, Mamat Khalid turut mendapat perhatian Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau menyifatkan pemergian pengarah terkenal itu adalah satu kehilangan yang tidak mungkin dapat dicari ganti.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Mamat Khalid, penerbit, pengarah serta pelakon.

“Negara kehilangan bakat yang tidak mungkin ada pengganti.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah,” ciapnya di Twitter.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warga Twitter itu juga mengucapkan ucapan takziah buat keluarga arwah.

Allahyarham Mamat Khalid disahkan meninggal dunia Isnin lalu di Hospital Slim River, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN