Maryam dan Ryzal timang cahaya mata sulung, pilih nama Rina - Utusan Malaysia

Maryam dan Ryzal timang cahaya mata sulung, pilih nama Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Personaliti media sosial, Maryam ‘Duriankimchi’ selamat melahirkan puteri sulungnya di sebuah hospital swasta di ibu kota, semalam.

Perkhabaran gembira tersebut, dikongsi suaminya yang juga pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim menerusi entri Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam pada itu, Ryzal turut mengumumkan nama cahaya matanya iaitu Rina bersempena gabungan nama mereka, Rizal dan Narae.

“Assalamualaikum, MasyaAllah, comelnya puteri kesayangan genggam erat jari ayahnya.

“Saya namakan puteri kami Rina (Rizal dan Narae).

“Kalau Rizal dan Maryam jadi Rima, lari jururawat dengar nama anak,” kongsinya di Instagram.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis tidak ketinggalan untuk menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut selain mendoakan agar bayi mereka sentiasa sihat dan dilindungiNya.

“Tahniah boh! Teramat gembira untuk kamu berdua,” komen pelakon Catriona Ross.

“Tahniah, semoga membesar sebagai seorang anak yang soleh,” tulis seorang peminatnya.

Terdahulu, Maryam telah mendedahkan dirinya hamil menerusi sebuah video di saluran Youtube mereka iaitu Duriankimchi TV.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya