fbpx

Agar-agar blue ocean cantik, berlumut

Agar-agar blue ocean cantik, berlumut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hidangan agar-agar adalah manisan yang jadi kegemaran ramai. Agar-agar adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada serbuk agar-agar, gula, air dan beberapa bahan yang menjadikan ia sedikit berbeza antara satu sama lain.

Cara buatnya juga ringkas dan mudah. Penggemar agar-agar mesti hendak cuba agar-agar blue ocean yang dikongsikan kali ini.

Tips menjadikan agar-agar blue ocean ini nampak cantik ‘berlumut’ adalah apabila campuran kesemua bahan agar-agar itu sedang mendidih, biarkan tanpa mengacau selama satu minit. Ini tips supaya menjadi ketulan seperti lumut. Selamat mencuba.

Resipi agar-agar blue ocean

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 1 cawan atau 250 mililiter (ml) santan
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu besar pewarna biru
  • 10 gram agar-agar serbuk
  • 3½ cawan atau 875 ml air
  • 1 cawan atau 200 gram gula pasir

Bahan-bahan lain:

  • Bekas untuk mengisi bahan-bahan
  • Periuk untuk masak bahan-bahan
  • Loyang 6 inci diameter
  • Lidi

Cara penyediaan:

  1. Di dalam satu bekas, masukkan 1 biji telur gred A atau B, 1 cawan santan pekat, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 sudu kecil garam halus, 1/2 sudu besar pewarna biru dan 10 gram agar-agar serbuk.
  2. Kemudian kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan ketepikan dahulu.
  3. Di dalam periuk, masukkan 3 1/2 cawan serta 1 cawan gula pasir dan masak sehingga gula larut dengan menggunakan api yang sederhana.
  4. Selepas itu, tuang campuran di dalam bekas tadi ke dalam periuk dan kacau seketika.
  5. Biarkan campuran itu hingga mendidih.
  6. Apabila mula mendidih biarkan dalam 1 minit tanpa mengacau. Ini tips supaya menjadi ketulan seperti lumut.
  7. Seterusnya kacau perlahan dan kemudian tuang ke dalam loyang 6 inci diameter.
  8. Cucuk dengan lidi untuk menghilangkan buih-buih di atas permukaan agar-agar itu.
  9. Sejukkan selama empat jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  10. Potong ikut kreativiti.

Terima kasih: Samsiah Hj Mat Ali
Facebook: Samsiah Hj Mat Ali/https://www.facebook.com/samsiah.hjmatali
https://www.facebook.com/groups/mahn2/posts/4414841998569716

POPULAR

KOSMO! TERKINI