“Terlalu berat dugaan semua untuk hubungan kami” -Akhirnya Aiman dan Afiera sah bergelar suami isteri - Utusan Malaysia

“Terlalu berat dugaan semua untuk hubungan kami” -Akhirnya Aiman dan Afiera sah bergelar suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Finalis Hero Remaja 2017 dan personaliti media sosial, Aiman Rahman selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Afiera Agoes, Ahad lepas.

Menerusi entri Instagram, Afiera menzahirkan rasa syukur kerana memiliki pasangan yang sangat sabar dengan karenahnya walaupun dia mendedahkan banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi sepanjang tempoh perkenalan.

“Alhamdulillah, semalam saya selamat menjadi isteri orang dah. Pada usia 29 tahun, jumpa jodoh saya. Akhirnya! Kawan-kawan yang rapat pun tak sangka.

“Setahun kenal dengan suami banyak! Terlalu banyak dugaan yang datang. InsyaAllah, satu hari nanti jika saya boleh kongsikan, saya akan ya.

“Terlalu berat dugaan-dugaan semua untuk hubungan kami,” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, walaupun tidak menyangka hubungan mereka akhirnya ke jenjang pelamin, namun dia menitipkan syukur kehadrat Ilahi kerana segala urusan ijab kabul mereka berjalan lancar.

Sehubungan itu, Afiera sempat memohon doa orang ramai agar mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

“Bagaimanapun, saya bersyukur sebab suami mempunyai kesabaran terlalu besar. Sampai sanggup ambil saya sebagai isteri dia, luar biasa.

“Seorang lelaki yang tabah, baik serta penyanyang. Fira tidak minta banyak pun dari awak semua. Cuma nak minta doakan untuk saya dan pasangan ya. Itu sahaja Fira nak.

“Moga dah kahwin ini, semua dugaan itu hilang. Kita tempuh alam yang baharu ya,” coretnya panjang.

Tinjaun Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis mengucapkan tahniah sekaligus mendoakan pasangan dua sejoli itu berkekalan sehingga ke syurga Allah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya