Tahap oksigen Aishah stabil, masih perlu bantuan pernafasan - Utusan Malaysia

Tahap oksigen Aishah stabil, masih perlu bantuan pernafasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keadaan tahap kesihatan penyanyi, Aishah, 56, kini beransur pulih namun masih memerlukan bantuan pernafasan.

Berita baik itu dikongsikan oleh kelab peminat @aishahfcff_official di Instagram tengah hari tadi.

“Perkembangan terbaharu kak Aishah, Alhamdulillah beransur pulih. Mohon terus doakan supaya sembuh sepenuhnya.

“Paras oksigen  sekitar 97-98 peratus. Masih perlukan bantuan oksigen nasal prong (tiub pernafasan),” maklum kelab peminat ringkas.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat bersyukur dengan perkhabaran tersebut.

Terdahulu, Aishah, 56, dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke hospital berikutan paras oksigen merosot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN