PPE beri impak kepada masalah kulit - Utusan Malaysia

PPE beri impak kepada masalah kulit

Pemakaian PPE dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kegatalan dan ketidakselesaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pakaian Peralatan Perlindungan diri (PPE) sudah tidak asing lagi bagi petugas barisan hadapan frontliner tanpa mengira keadaan cuaca.

Hal ini kerana mereka perlu melindungi diri dan orang sekeliling daripada virus membunuh, Covid-19 serta merawat pesakit yang positif di hospital.

Begitupun, pemakaian PPE dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan kegatalan dan ketidakselesaan.

Bagi sesetengah individu, rasa tidak selesa dan kegatalan kulit itu, boleh bertukar kemerahan termasuk akne pelitup atau maskne.

Jerawat dan kegatalan boleh terbentuk di kawasan muka yang mengalami geseran atau tekanan di kawasan dilindungi pelitup muka.

Pakar dermatologi, Dr. Lim Ing Kien berkata, akne pelitup berpunca daripada peluh yang terperangkap lama pada bahagian yang ditutupi pelitup muka iaitu sekitar bahagian pipi dan hidung dan mulut.

“Peluh terperangkap secara berterusan boleh mengakibatkan pori pada bahagian bertutup itu tersumbat oleh peluh dan mekap, seterusnya memberi ruang kepada bakteria merebak dengan cepat.

“Mungkin ada pihak menganggap masalah kulit ini remeh berbanding risiko lain dihadapi petugas barisan hadapan. Tapi ada yang mengadu kepada saya akan kesan mereka hadapi akibat masalah kulit ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

DR. LIM ING KIEN

Jerawat terbentuk disebabkan maskne, menghasilkan jerawat berbeza iaitu kombinasi pustules, papules, nodules atau cyst.

Dalam kes tertentu, ia mungkin merupakan dermatitis atau rosacea yang akan tampil sebagai jerawat biasa. Gejala yang ditunjukkan adalah kemerahan, benjolan kecil di sekitar folikel atau liang rambut.

Insiden maskne meningkat sejak Mac tahun lalu, iaitu apabila semua orang diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengekang rantaian Covid-19.

BAHAN SESUAI

Dr. Lim yang juga pengasas bersama SkynFyx, memiliki lebih 13 tahun dalam bidang perubatan berkata, antara kaedah menangani maskne, individu perlu membersihkan dan melembabkan kulit secara menyeluruh setiap hari.

Ini termasuklah penggunaan produk penjagaan kulit diperkaya retinol (vitamin A) untuk setiap malam adalah disarankan bagi mengurangkan masalah pada bahagian berkenaan.

Begitupun katanya, bukan semua jenis krim sesuai untuk merawat kerana ada produk yang kandungan bahan aktifnya, tidak cukup dalam merawat masalah kulit, sekali gus tidak berkesan apabila digunakan.

“Penting untuk kita tahu kandungan bahan aktif pada produk penjagaan kulit sebelum digunakan. Ini bagi menjamin keberkesanan produk tersebut pada wajah. Misalnya berapa banyak jumlah retinol yang terkandung di dalamnya.

Contohnya, retinol dengan kandungan 1 peratus, 0.5 peratus, 0.3 peratus dan 0.25 peratus. Sekiranya peratusan retinol tidak dinyatakan pada label produk, ia bermakna kepekatannya mungkin kurang daripada 0.25 peratus.

“Jumlah yang sedikit ini boleh mengakibatkan pemakainya tidak mendapat sepenuh kebaikan daripada produk tersebut,” katanya.

TABIR SURIA

Pemakaian pelitup muka bukan bermakna individu terlindung daripada sinar ultra lembayung (UV).

Ia masih boleh menembusi topeng atau penutup kain yang nipis. Pendedahan berterusan boleh menjejaskan kesihatan kulit.

“Cuaca tempatan yang panas hingga boleh mencecah 40 darjah celsius. Sama ada berada di luar rumah atau dalam rumah, perlu memakai tabir suria. Ia membantu melindungi diri daripada UV,” katanya.

Sementara itu, sebagai tanda terima kasih, SkynFyx dengan kerjasama Threebs.co menawarkan potongan 10 peratus jumlah pembelian kepada semua petugas barisan hadapan di laman web berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.