10 tahun menanti zuriat, bayi sulung Azmi Saat meninggal dunia - Utusan Malaysia

10 tahun menanti zuriat, bayi sulung Azmi Saat meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bayi sulung vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat bersama isteri, Naziah Muhammad yang baru dilahirkan pada 27 September lalu telah meninggal dunia.

Berita duka itu dikongsikan Azmi menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya.

Terdahulu, Azmi sempat memuat naik perkembangan anak sulungnya itu yang tidak sihat beberapa hari selepas dilahirkan.

Menerusi perkongsian itu, Azmi memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan anaknya yang lahir selepas 10 tahun penantian.

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat, kami sedang diuji.

“Mungkin ada diantara kalian yang Allah makbulkan doanya.

“Tolong doakan moga Afnan Sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami,” ujarnya.

Sementara itu, perkongsian Azmi dihujani doa dan kata-kata semangat netizen termasuk rakan artis yang terkesan dengan berita duka tersebut.

Antara yang mendoakan adalah Wany Hasrita yang menitipkan ucapan takziah di ruangan komen.

“Innalillahiwainnailahirojiun. Salam takziah abang. Baby Afnan tunggu di syurga,” tulisnya.

Pengacara dan pelakon terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim yang terkesan dengan berita sedih itu turut menitipkan doa buat Azmi sekeluarga.

“Salam Takziah, Allahuakhbar. AlFatihah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya