"Terlalu melampau, soal munkar nakir pun saudara boleh buat main" - PU Syed tegur Azwan Ali - Utusan Malaysia

“Terlalu melampau, soal munkar nakir pun saudara boleh buat main” – PU Syed tegur Azwan Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed, menegur pengacara kontroversi, Azwan Ali ekoran kenyataannya yang dikatakan mempersenda tugas malaikat Munkar dan Nakir.

Menerusi entri Instagram, PU Syed memuat naik satu hantaran video yang menyifatkan tindakan pengacara berkenaan keterlaluan kerana mempersenda tugas malaikat tersebut.

“Buat Azwan Ali, saudara sudah melampau dan terlalu melampau. Tidak kira itu adalah jawapan dalam bentuk gurauan ataupun tidak, yang pasti itu benar-benar sesat serta memalukan agama.

“Soal Munkar dan Nakir pun saudara boleh buat main, cukuplah warganet hadap caci maki saudara setiap kali berdepan dengan kamera.

“Mestikah dikaitkan dengan ibu bapa orang? Salahkah soalan itu bila diajukan kepada saudara?” ujarnya.

Mengulas lanjut, PU syed juga menyatakan tindakan semua pihak yang terlibat dalam video berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan dan jenaka.

“Persoalan malaikat ini bukan persoalan yang kecil, bahkan malaikat juga bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.

“Buat DJ yang sakan gelak itu, sedarlah perkara sebegini bukan boleh dibuat bahan untuk melawak!

“Mu boleh buat gurau deh… hebat mu! Bertaubatlah segera saudara,” tegasnya di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.