Janganlah fitnah Zulin - Utusan Malaysia

Janganlah fitnah Zulin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zulin Aziz, 31 meluahkan rasa kesal dan terkilan gara-gara ada individu yang cuba melagakannya dengan penyanyi, Siti Nordiana.

Zulin berkongsi coretan dengan memuat naik tangkap layar perbualan antara dia dan penyanyi Cukup Derita Itu menerusi Instagram miliknya.

“Terima kasih yang memfitnah, manipulasi ayat saya dan semua yang hina saya. Orang yang negatif, akan sentiasa nampak benda negatif. Dia tak nak faham, dia cuma nak hentam.

“Percayalah akan ada lagi manusia yang tetap dengan cara dia, pemahaman dia walaupun tuan badan pun faham apa aku cakap. Tidak marah pun kalau tidak setuju, tapi janganlah fitnah. Janganlah cakap benda yang tak dicakap.

“Aku habis di sini. Siapa negatif aku sekat dan siapa tidak suka sila jangan ikut, jaga diri, terima kasih,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya