fbpx

“Dos kedua lain macam, demam dan serangan panik” -Caprice

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan terkenal, Caprice terpaksa dimasukkan ke hospital susulan mengalami kesan suntikan vaksinasi dan serangan panik, pagi tadi waktu Jordan.

Menerusi entri Instagram, Caprice berkongsi perkhabaran tersebut menerusi satu hantaran video dirinya sedang terlantar di katil hospital.

Kongsinya, demam panas dan serangan panik menyerang kesihatannya dikatakan kesan daripada pengambilan suntikan kedua vaksinasi.

“Demam dan serangan panik. Nasib jururawat-jururawat di sini baik, MasyaAllah.

“Suntikan kedua vaksin lain macam. InshaAllah, selepas sehari saya akan kembali,” kongsinya di Instagram.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa dan kesejahteraan Caprice di negara orang serta berharap agar dia kembali sembuh seperti sedia kala.

Bagaimanapun, walaupun dalam keadaan tidak sihat, dia tetap bersemangat untuk meneruskan jihatnya menerusi misi #RoadToAlAqsa2040.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN