“Apa masalah rakyat Malaysia ini? Kalau drama lebih dari itu okey sahaja" -Aliff Syukri - Utusan Malaysia

“Apa masalah rakyat Malaysia ini? Kalau drama lebih dari itu okey sahaja” -Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir warganet yang mempersoalkan mengenai video iklan terbaharunya di Instagram.

Menerusi entri tersebut, video yang dimuat naiknya itu memaparkan beberapa saat adegan berpegangan tangan serta bermesraan bersama seorang gadis dalam sebuah restoran.

Oleh hal demikian, rata-rata warganet mendakwa kelakuan penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu seolah-olah tidak menghormati perasaan isteri tercintanya, Datin Seri Shahida.

“Lebih baik buat video dengan isteri sendiri. Saya yang orang luar pun rasa lain menonton video ini. Mesti lagi manis lagi jika dengan Datin,” komen seorang pengguna.

“Kenapa perlu berpegangan tangan? Bukan marham. Walaupun lakonan, tak moleklah” komen segelintir netizen menerusi hantaran tersebut.

Sehubungan itu, Aliff tampil menjelaskan niatnya yang sebenar memuat naik video tersebut adalah hanya untuk mempromosi jenama tudung keluaran syarikatnya.

“Apa masalah rakyat Malaysia ini? Saya tida tahu apakah masalah dalam video itu sampai kecoh sangat. Kalau drama televisyen lebih dari itu okey sahaja.

“Syukur kami baik-baik sahaja. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf ada menyebabkan anda terasa dan sebagainya.

“Video itu hanya ikhlas pengajaran untuk mempromosi koleksi terbaharu primadona. Niat saya sekadar nak kongsikan tudung sahaja,” jelasnya menerusi hantaran yang lain.

Dalam pada itu, menurutnya juga jika warganet masih lagi tidak berpuas hati dengan kenyataannya, dia akan memuat naik satu video di sebalik tabir pembikinan iklan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya