‘Tam, kalau aku ada salah, aku minta maaf’ – Tam singkap perbualan akhir bersama arwah Tony - Utusan Malaysia

‘Tam, kalau aku ada salah, aku minta maaf’ – Tam singkap perbualan akhir bersama arwah Tony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Spider, Tam Mustafah menyifatkan pemergian teman rapatnya yang juga bekas pemain bass kumpulan itu, Tony Iskandar Alberto sebagai satu kehilangan besar.

Tam memberitahu, kali terakhir dia bertemu arwah adalah dua hari sebelum arwah meninggal dunia.

“Saya dan rakan mengetahui tentang sakit yang dideritainya. Sebab itu kami sering menghubungi dan bertemu arwah untuk meninjau keadaannya. Dua hari sebelum arwah pergi, saya pergi bertemunya untuk memberi makanan dan kami sempat mendirikan solat secara berjemaah.

“Arwah, pada akhir pertemuan berkata ‘Tam, kalau aku ada salah, aku minta maaf’,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tony menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 2.30 pagi, semalam.

Allahyarham yang menumpang di sebuah bilik di studio rakaman Luncai Emas milik seniman, Datuk M. Nasir di Sungai Buloh ditemukan tidak sedarkan diri oleh seorang rakan yang kebetulan berada di studio berkenaan.

Difahamkan, jenazahnya akan dikebumikan hari ini, sekitar petang nanti.

Dalam pada itu, Tam yang merupakan antara individu paling rapat menyifatkan arwah sebagai seorang yang berhati lembut.

“Dia seorang periang dan menghiburkan. Semua yang mengenali arwah amat menyenangi sifat dan perwatakannya.

“Kami cukup merasai kehilangan arwah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya