Berita baik buat penggiat seni terutama kru – Ghaz Abu Bakar - Utusan Malaysia

Berita baik buat penggiat seni terutama kru – Ghaz Abu Bakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal, Ghaz Abu Bakar berpandangan bahawa pemain industri tidak hanya duduk diam dan mengharapkan bantuan dikala negara “dihuni” wabak Covid-19.

Ghaz ketika dihubungi, menjelaskan, sementara menunggu aktiviti penggambaran dibenarkan, para penggiat seni kebanyakannya mencari alternatif baru dalam usaha mengubah nasib untuk lebih maju.

“Terdapat banyak bengkel anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan persatuan diadakan untuk memperbaiki skil para peserta yang mengikuti bengkel itu. Saya perhatikan ramai dalam kalangan mereka ialah orang yang pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini.

“Bagi saya mereka tidak hanya duduk diam dan mengharapkan bantuan. Tapi mereka mahu mengubah nasib dan mencari kebolehan lain, mungkin sebelum ini bekerja sebagai penggulung kabel.

“Jadi menerusi bengkel mereka cuba belajar bagaimana hendak menghasilkan penulisan skrip atau mengembangkan dari idea ke skrin. Apa yang mereka lakukan itu adalah satu usaha murni, cuba keluar dari zon susah ketika ini,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Ghaz atau nama lengkapnya Mohd Ghazali Abu Bakar, 47, berkata demikian ketika ditanya mengenai kelangsungan hidup penggiat seni dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Begitu pun, Ghaz berkata, Finas telah membenarkan aktiviti penggambaran dijalankan pada Fasa Dua di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) menerusi satu pengumuman yang dibuat baru-baru ini.

“Ini berita baik kepada penggiat seni dan kru-kru terutamanya untuk kembali bekerja dan menyara hidup serta mencari pendapatan halal. Saya doakan supaya semua pekerja industri kuat dan masih bersemangat untuk meneruskan kerjaya.

“Terus terang saya katakan, tiada mereka tiadalah karya-karya yang dapat ditonton dan menghiburkan penonton di rumah. Oleh itu, jangan putus asa, sentiasalah berdoa supaya negara kita ini dapat maju semula dan Covid terhapus dari bumi Malaysia,” tuturnya.

Pada masa sama Ghaz yang merupakan Presiden Digital Creative Content Creators Associations Malaysia (DCAM), turut menggalakkan penggiat seni yang memerlukan boleh mendapatkan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Selain itu juga, NGO lain dialu-alukan untuk menyalurkan bahan-bahan asas untuk pekerja seni. InsyaAllah saya cuba bantu dengan sumbangan mana termampu,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.