Kalau bercinta, saya jadi lalai - Aina Abdul - Utusan Malaysia

Kalau bercinta, saya jadi lalai – Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi bervokal tinggi, Aina Abdul, 28, mengaku sukar untuk menjalin sebarang hubungan percintaan dengan mana-mana lelaki pada waktu ini kerana bimbang ia akan membuatkan dirinya hanyut dan lalai.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Semalam ini, dia mempunyai sebab yang kukuh ‘melarang’ dirinya terjebak dengan alam percintaan lantaran meletakkan karier sebagai fokus utamanya kini.

“Saya masih single tapi maaf, tidak ‘available’. Kali terakhir terjebak dengan cinta yang tak kesampaian adalah pada tahun 2014 dan sejak itu saya tutup pintu hati. Bagi saya, ini bukan waktu yang tepat untuk bercinta atau punya kekasih.

“Sebab saya tahu, Aina Abdul kalau bercinta, dia akan lalai buat kerja. Asyik nak berkepit dengan teman lelaki sahaja ibaratnya. Jadi tak naklah perkara itu berlaku sekarang kerana sasaran saya, dalam tempoh 10 tahun ini nak kerja sekuat yang boleh,”katanya.

Aina berkata demikian ketika ditemui dalam satu sidang media yang diadakan secara virtual sempena pelancaran lagu Warna Warni duetnya bersama Daniesh Suffian, hari ini.

Dalam pada itu, menurut Aina, dia berharap menerusi kenyataannya itu, tidak ada pihak yang tersalah anggap atau tersinggung memandangkan ia hanyalah pandangan dan pengalaman peribadinya.

“Bukanlah kata ada teman lelaki ini maka ada yang faham saya cakap yang seseorang itu akan lalai. Ini tentang diri saya sendiri.

“Ada dua sahaja mengenai Aina Abdul. Sama ada dia akan terlalu fokus bekerja atau dia terlalu asyik bercinta. Saya tak pandai seimbangkan dua benda dalam satu masa.

“Tak apalah, kalau tak ada kekasih sekarang, mungkin lelaki tersebut akan datang dalam hidup saya pada waktu yang tepat mengikut perancangan Allah SWT. Siapa tahu bukan?”katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai duetnya bersama Daniesh, Aina melahirkan rasa gembira kerana lagu berjudul Warna-Warni itu mendapat sambutan yang positif daripada pendengar dan peminat masing-masing.

Menurut Aina, Daniesh memiliki vokal yang melengkapi paduan suaranya dan itu antara kekuatan utama lagu ini selain lirik dihasilkan sempurna oleh Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya