Angkat #BenderaPutih itu satu ikhtiar- Fedtri Yahya - Utusan Malaysia

Angkat #BenderaPutih itu satu ikhtiar- Fedtri Yahya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengacara popular, Fedtri Yahya tampil memberi pencerahan terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung isu kempen bendera putih.

Menurut Fedtri menerusi hantaran entri di akaun Instagramnya (IG), kempen itu adalah bertujuan untuk memudahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengenal pasti rumah yang memerlukan bantuan tanpa perlu meminta secara terang-terangan.

“Maaf YB. Angkat bendera putih tu satu ikhtiar. Kadang-kadang orang tak dapat kesan. Bila ada ‘signal’ macam ini, mudah kerja-kerja NGO dan jiran tetangga. Sebab nak meminta, bukan semua orang ada kekuatan. Usaha, doa, tawakal,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat itu berkata, rakyat tidak wajar diajar untuk mengakui kekalahan menghadapi ujian dengan mengangkat bendera putih. Sebaliknya, rakyat mengangkat tangan untuk berdoa kepada tuhan.

Hasil tinjauan di ruangan komen entri Fedtri, rata-rata pengikut dan peminatnya bersetuju dengan coretan pengacara popular itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya