Shahrulezad dakwa Neelofa lapar perhatian? - Utusan Malaysia

Shahrulezad dakwa Neelofa lapar perhatian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit terkenal, Shahrulezad Mohameddin mendakwa Neelofa bagai laparkan perhatian apabila dilihat sengaja mencari masalah dan mengundang kecaman warganet dengan pelbagai kontroversi di media sosial.

Menurutnya menerusi status Facebook peribadinya, Neelofa tidak sepatutnya memuat naik mana-mana aktiviti di media sosial miliknya yang boleh menjadi isu sensitif dan mengundang kemarahan warganet.

Selain itu, Shahrulezad juga menasihati Neelofa agar berehat sebentar daripada media sosial agar dapat mengelakkan diri daripada dicaci serta diherdik oleh netizen semasa bulan mulia ini.

“Sikit punya banyak kedai karpet di Kuala Lumpur ini, yang kau gigih merentas sampai ke Nilai itu dah kenapa Lofa? Ikut dia lah kan nak beli sampai ke Zimbabwe sekali pun, cuma gatal sangat muat naik video di Instastory dan delete semula dah kenapa dik?

“Abam (abang) dah tak larat nak backing (mempertahankan) kau dik. Nasihat abam, dah alang-alang berniqab satu badan, awak ‘niqab’ sekali media sosial awak itu. Aku cakap ini sebab tak larat tengok orang buat dosa mengata dan mengeji kau. Sedangkan imej mulia kau itu sepatutnya tidak dikecam sedemikian.

Dalam pada itu, dia berasa simpati kepada golongan ‘niqabist’ yang lain kerana turut terkena tempias angkara isu tersebut.

Sebelum ini, kecoh di laman media sosial apabila bekas pengacara MeleTOP itu didakwa memuat naik video di InstaStory memaparkan dia dan suami mengunjungi sebuah kedai karpet dipercayai di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.