Budaya 'berkira' dalam kalangan pelakon Malaysia - Utusan Malaysia

Budaya ‘berkira’ dalam kalangan pelakon Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Memilih untuk tidak mahu bekerjasama dengan pelakon yang enggan mempromosikan karya lakonan di laman sosial masing-masing, Penerbit Zeel Production Sdn Bhd, Fadzil Teh yakin ini adalah cara yang terbaik untuk memberi peluang kepada pelakon lain yang lebih bertimbang rasa.

Tambah Fadzil budaya ‘berkira’ dalam kalangan pelakon ini tidak sepatutnya wujud memandangkan kejayaan setiap karya lakonan bakal memberi impak kepada kerjaya mereka juga.

“Ada yang kata nanti kotor Instagram kalau letak gambar promosi. Saya sendiri tidak faham. Apa yang kotornya, lepas habis ditayangkan padam semula. Saya tidak lihat ada masalah pun.

“Sikap ini memang saya tidak boleh terima, alasan yang diberikan juga sangat tidak masuk akal. Bayangkan kalau karya ini berjaya, nama mereka juga yang naik. Tetapi itulah saya tidak akan bekerjasama lagi dengan pelakon seperti ini. Kepala pun tidak pening,”katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu melalui satu muat naik di Instagram, Fadzil turut memuji artis Bollywood, Salman Khan yang menggunakan platform laman sosial miliknya untuk mempromosikan filem terbaharunya

Sementara itu penerbit, Jaja Ishak pula melihat tanggungjawab mempromosikan karya lakonan sendiri tidak seharusnya datang dengan bayaran berbeza.

Tambahnya, dalam tempoh sekarang sepatutnya setiap pihak juga sedar akan keperluan masing-masing untuk memastikan kejayaan sesebuah karya.

“Memang tidak ada dalam perjanjian, tetapi secara logik penerbitan sesebuah drama atau filem memerlukan kerjasama semua pihak. Paling penting pelakon, apa salahnya untuk mereka berkongsi ruang untuk mempromosikan hasil kerja sendiri.

“Saya memang tidak akan keluarkan wang untuk membayar artis-artis ini promosi produk mereka. Jika mereka memilih untuk tidak menggunakan ruang yang ada itu hak mereka. Tetapi saya juga ada hak untuk tidak bekerjasama dengan artis yang memeningkan kepala,”ujarnya tegas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya