Saya ada hak bersuara - Fazura - Utusan Malaysia

Saya ada hak bersuara – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak pernah sekali terlintas dalam fikiran, untuk dia menyindir sesiapa. Itu bukan sifatnya. Dia lebih mudah buat hal sendiri. Tidak campur urusan dalam kain orang lain. Fokusnya hanya keluarga dan kerjaya.

Namun tiba-tiba sahaja nama pelakon hebat, Nur Fazura sohor kini di media sosial. Semuanya gara-gara komen ‘patuhi SOP, jangan rentas negeri’. Itu hanya komen sebagai juri Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2).

Lain pula jadinya apabila warganet mengaitkan komen itu dengan isu yang sedang panas apabila pengacara, Neelofa ketika itu berhadapan dengan pelbagai dakwaan dan kontroversi berkaitan isu rentas negeri.

Tegas menepis dakwaan menyindir itu, Fazura berkata, komen itu mengenai isu rentas negeri dibuat berdasarkan bahan jenaka yang dipersembahkan kumpulan UNI pada malam itu. Tiada sindir menyindir.

“Sebagai seorang juri, saya mempunyai tugas untuk memberi komen berkaitan dengan persembahan peserta. Sebagai figura awam juga, saya ada hak untuk bersuara. Saya menyampaikan mesej yang baik.

“Tak pernah terfikir pun nak menyindir sesiapa. Memang saya seorang yang suka berterus terang. Kalau ada yang nak buat spekulasi, terpulang. Masa dan fikiran saya hanya untuk keluarga serta kerjaya,” katanya.

Tak mahu ‘over expose’ anak

Melontar buah fikiran dengan cukup lembut, terserlah ciri-ciri keibuannya. Membuka gelanggang bicara tentang kehidupannya bergelar ibu, relung mata Fazura bersinar keterujaan. Dia bahagia dengan hidupnya kini.

Namun menjadi persoalan ramai, bagaimana dia membahagi masa. Bergelar isteri, ibu, anak, pelakon, penyanyi, pengacara dan usahawan berjaya, wanita besi berusia 38 tahun ini bijak mengatur jadual.

“Semestinya fokus saya sekarang adalah keluarga. Namun dalam masa yang sama, saya perlu utamakan juga kerjaya seni dan perniagaan. Alhamdulillah, perniagaan berjalan lancar dan lakonan pula, sedang dipertimbangkan,” katanya.

Ditanya adakah dia mempunyai ‘syarat-syarat’ sebelum menerima sebarang tawaran, Fazura tergelak sendiri. Bukan demand cuma dia harus tahu apa yang perlu diutamakan dan tidak perlu dikejar semua.

“Saya memang merancang untuk kembali berlakon tahun ini. Tetapi ada beberapa syarat lah. Masa saya tidak seperti dulu. Saya tak selesa jika tempoh penggambaran terlalu lama. Fatima tetap mahu saya ada di sebelah ketika tidur.

“Memang susah berpisah dengan anak. Orang kata ini separation anxeity. Tetapi lama-lama saya kena kuatkan diri dan hati. Perlahan-lahan saya mula boleh keluar bekerja. Fatima pula dijaga pengasuh dan keluarga.

“Susah hendak puaskan hati semua pihak tetapi saya tahu, ramai produser dan penerbit memahami situasi sebagai seorang ibu,” kata ibu kepada Nur Fatima Aisya yang kini berusia enam bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.