Kru produksi rosakkan fosil berdepan tindakan tegas - Pengarah - Utusan Malaysia

Kru produksi rosakkan fosil berdepan tindakan tegas – Pengarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA- Pengarah drama bersiri Angkara Cinta, Hadith Omar akan mengambil tindakan tegas ke atas kru produksi berkenaan yang didapati bersalah melakukan kerosakan ke atas fosil bersuai jutaan tahun dan dinding di Gua Matsoorat, Perak.

Hadith yang mewakili syarikat produksi, Juita Viden Sdn Bhd menjelaskan pihaknya masih mengenal pasti mereka yang terlibat dan siasatan sedang dijalankan.

“Memang kami akan mengambil tindakan ke atas kru yang terlibat. Melalui siasatan awal ada dua atau tiga individu yang terlibat.

“Buat masa ini kami masih menjalankan siasatan rapi dalam mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab atas insiden tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya mengenai ganti rugi yang dituntut kerajaan Negeri Perak akibat kerosakan fosil berusia jutaan tahun dan dinding di Gua Matsoorat, Hadith,33, memberitahu pihaknya masih dalam proses perbincangan.

“Soal itu masih dalam perbincangan lagi masih tidak tahu berapa nilai ganti rugi dan ia melibatkan banyak pihak jadi saya tidak boleh komen lanjut mengenai hal ini lagi. Apa pun kami akan mengambil tanggungjawab penuh.

“Dalam masa yang sama juga saya ingin meminta maaf selain kesal atas apa yang berlaku,”katanya lagi.

Sementara itu melalui laporan media sebelum ini, kerajaan Perak mengumumkan akan menuntut ganti rugi akibat kerosakan fosil berusia jutaan tahun dan dinding di Gua Matsoorat selepas syarikat produksi drama Angkara Cinta melakukan penggambaran di kawasan terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.