Hadal Ahbek berjaya cetus fenomena muzik antarabangsa. - Utusan Malaysia

Hadal Ahbek berjaya cetus fenomena muzik antarabangsa.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lagu Hadal Ahbek berjaya mencetus sensasi muzik seluruh negara sehingga muncul sebagai lagu Arab pertama mencatat populariti di peringkat global dengan mendapat perkongsian lebih tinggi berbanding lagu nyanyian Justin Bieber dan The Weeknd.

Dalam satu kenyataan, walaupun didendangkan sepenuhnya dalam bahasa Arab, namun ia bukan masalah besar untuk lagu itu diterima, malah berjaya membuktikan muzik boleh dinikmati tanpa sempadan.

Penyanyi lagu tersebut, Issam Alnajjar, 17, berkata, dia menjangkakan lagunya hanya mendapat jumlah tontonan 10,000 sahaja tetapi tidak menyangka dalam seminggu, lagu itu berjaya mencatat lebih 100,000 tontonan sementara turut distrim paling banyak.

“Saya masih lagi sedang cuba menghadam semua ini, otak saya masih lagi memproses ‘kegilaan’ ini.

“Selain itu, saya remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Jordan, saya berjaya menghasilkan lagu yang menjadi sohor kini di seluruh dunia. Saya yakin apa saja tidak mustahil dapat dicapai jika kita memiliki cita-cita,” katanya.

Kata Issam Alnajjar lagi, keyakinan diri tinggi dapat menghasilkan sesuatu yang dapat meninggalkan memori bukan saja buat dirinya tetapi juga kepada semua orang di samping dia menjadikan Shawn Mendes dan Ed Sheeran sebagai inspirasi di dalam penulisan lagu.

“Hadal Ahbek telah dijadikan sebagai lagu latar pengguna Tik Tok ini mula menambat hati peminat seluruh dunia dan seakan melekat di kepala mereka yang mendengarnya,” katanya..

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.