Ayam percik tempoyak padu - Utusan Malaysia

Ayam percik tempoyak padu

Ayam percik enak dimakan bersama nasi putih atau nasi minyak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ayam percik antara juadah popular di negara ini. Malah setiap negeri memiliki keunikan rasa dan ramuan masing-masing. Minggu ini kami kongsikan resipi ayam percik bersama percikkan tempoyak. Mari kita cuba.

Mohd Afifi Mohd. Bakri.

Ayam percik padu
Bahan-bahan:

 20 tangkai cili kering
 1 biji bawang besar merah
 100 gram ikan bilis sederhana yang siap dibelah dua
 4 sudu besar minyak masak
 2 sudu tempoyak
 4 papan petai
 1 biji bawang besar dipotong bulat
 3 sudu besar santan
 3 sudu besar gula
 3 suku sudu kecil garam

Cara penyediaannya:
1. Perap ayam bersama garam, kunyit dan lada putih.

2. Panggang ayam yang telah diperap dengan api sederhana. Pastikan ayam sentiasa dibalikkan pada kedua-dua bahagian.

3. Apabila ayam sudah hampir masak, tuangkan kuah percik ke atas ayam tersebut, kemudian balikkan lagi.

4. Ulang proses yang sama sehingga ayam betul-betul masak.

5. Angkat ayam yang telah masak ke dalam pinggan, tuangkan lebihan kuah percik.

Hidangan ini sedap dihidang bersama nasi kerabu atau boleh dimakan dengan nasi putih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN