Manfaat chia seed untuk kecantikan - Utusan Malaysia

Manfaat chia seed untuk kecantikan

Biji chia putih memberi sokongan vital pada microbiome kulit untuk kekuatan, kestabilan dan keseimbangannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Chia Seed atau biji chia sering digunakan sebagai ramuan dalam minuman atau makanan.

Ia memiliki banyak manfaat, antaranya melancarkan sistem usus sekaligus membantu mempercepatkan proses kelangsingan tubuh.

Kehebatannya bahan itu hingga ia mendapat jolokan superfood. Rupanya lebih kurang biji selaseh, halus dan tawar.

Dilengkapi formula saintifik dan phytonutrient berasaskan tumbuhan semulajadi.

Protein, kalsium dan mineral antara terdapat dalam Chia Seed menyebabkan bahan itu kini tidak sekadar di makan, sebaliknya turut dijadikan rumusan dalam produk penjagaan wajah.

Baru-baru ini jenama Artistry tampil dengan Artistry Skin Nutrition. Rumusannya membabitkan gandingan antara biji chia, Nutrilite dan phytonutrient berasaskan tumbuhan semulajadi.

Biji Chia putih memberi sokongan vital pada microbiome kulit untuk kekuatan,kestabilan dan keseimbangan manakala Nutrilite adalah peneraju vitamin dan suppliment makanan berasaskan tumbuhan yang selamat dan berkesan.

Gandingan ini dikatakan berupaya membantu menyimpan kelembapan kulit, seterusnya mengelakkan daripada kulit kering. Di mana kulit kering tanpa pelembab boleh mempercepatkan kewujudan garis halus, musuh bagi wanita.

Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Duong berkata sebagai sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan mereka percaya kepada penyelesaian kulit wajah bermula dengan pemakanan dan kesihatan holistik.

“Sama seperti tubuh, kulit juga memerlukan nutrisi agar kelihatan sihat. Rangkaian ini memberikan penjagaan kulit sangat peribadi, menyuburkan dengan lembut dan memanjakan untuk kesihatan kulit wajah,” katanya pada pelancaran produk berkenaan secara dalam talian baru-baru ini. Turut serta Ketua Komunikasi dan Pemasaran Amway Malaysia, Joanne Chong.

Cuaca panas dan lembab di Malaysia mendorong kulit lebih terdedah dengan toksin dan pencemaran daripada persekitaran sekeliling.

Dilengkapi formula saintifik dan phytonutrient berasaskan tumbuhan semulajadi. Set lengkap bermula dengan pembersih, penyegar dan pelembab yang boleh didapati pada harga bermula dari RM100 ke RM165. Artistry, jenama memiliki 145 tahun pengalaman dalam industri kecantikan kulit wajah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN