Kek buah tak kedekut buah - Utusan Malaysia

Kek buah tak kedekut buah

Kek buah bakar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hidangan pemanis mulut ini selalu dikaitkan dengan selera orang lama. Sebabnya, ia antara resipi tradisional sering dinikmati dalam acara istimewa seperti musim perayaan atau dijadikan hantaran.

Masalah sering dihadapi dalam menghasilkan kek buah ialah buah berkenaan mendak pada bahagian dasar kek.
Berikut resipi kek buah yang tidak kedekut untuk dicuba sebagai hidangan buat keluarga.

Kek buah bakar
Bahan-bahan:

 1 cawan buah campuran atau mix fruits.
 75 gram (gm) mentega
 75 gm gula kastor
 125 gm tepung naik sendiri
 2 biji telur gred A
 2 sudu besar susu cair
 1 sudu besar tepung
gandum
 1 sudu teh esen vanila
 2 sudu teh pati oren jenama Sunquick

Cara penyediaan:
1. Gaul buah campuran dengan sesudu besar tepung gandum.
2. Campurkan majerin dengan gula.
3. Kacau adunan hingga bertukar ke warna putih dan gebu.
4. Masukkan telur satu per satu ke dalam adunan.
5. Masukkan esen vanila dan kacau seketika.
6. Masukkan buah campuran dan tepung. Kacau seketika.
7. Masukkan susu cair dan pati oren ke dalam adunan.
8. Masukkan adunan ke dalam loyang saiz 7 inci x 7 inci.
9. Bakar pada suhu 130 darjah selsius untuk tempoh sejam.

TIPS:
 Mengelakkan buah mendak pada dasar kek, basuh bersih buah campuran.Tapis dan biarkan selama sejam.
 Gaul dengan sedikit tepung.
 Boleh juga dijemur selepas basuh dan tapis bagi mengurangkan air di dalam buah berkenaan.

ROSNIZA SAID
IG: KEK PANAS DARI OVEN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN