I untuk Imah, Imamku atau I love you?

Mana satu pilihan anda?
Penggunaan abjad atau huruf pada pakaian mahupun aksesori wanita adalah sejagat. Menariknya, ia mendorong imaginasi dalam memilih mana satu pilihan hati.

Namun pilihan abjad A hingga Z dalam koleksi Alphabet daripada dUCk, memang rambang mata di buatnya!
Manakan tidak, ada 26 pilihan tudung dan selendang. Tidak ketinggalan pilihan beg beli-belah dan aksesori seperti twilly, rantai kunci dan pakaian atau jumper.
SEGAR
Bagi penggemar jenama ini, abjad ditampilkan pada tudung bukanlah sesuatu yang baharu. Ia pernah diperkenalkan lima tahun lalu iaitu pada 2016.
Namun kali ini, sedikit berbeza kerana ia menyuntik mood lebih segar menerusi pengguna warna terang dan kontras. Lebih penting, huruf yang menjadi titik tumpu koleksi ini lebih besar, bertenaga dan menyerlah. Elemen flora turut menyuntik gaya feminin kepada pemakainya.
Kehadiran koleksi ini turut mengajak orang ramai mencari kekuatan diri sambil menghayati dan menyerlahkan nama masing-masing menerusi prinsip Truly be Yourself.
Ia boleh didapati di fashionvalet.com, aplikasi dan juga butik FashionValet atau dUCk terpilih bermula pada harga RM50 hingga RN320.
Ada dalam bentuk set didatangkan dalam lima produk termasuk tudung, twilly, beg, baju dan rantai kunci pada harga RM730, yang boleh didapati secara eksklusif dalam talian.









